ALOR GAJAH, 2 Mac 2019 – Orang ramai khususnya penduduk di Kawasan Parlimen Alor Gajah meluangkan hujung minggu menghadiri Karnival Keusahawanan Alor Gajah 2019 yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan. Karnival ini berlangsung di Perkarangan Masjid An Nur, Kg Beringin, Durian Tunggal, Melaka.
Karnival ini menjadi tumpuan warga Alor Gajah untuk mendapatkan informasi tentang keusahawanan disamping memberi peluang para usahawan untuk mempamerkan produk-produk mereka.
YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan turut menyampaikan sumbangan kepada 500 orang pelajar asnaf yang dipilih dari lima Dun di Kawasan Parlimen Alor Gajah. Sumbangan yang disampaikan adalah berupa baucer pembelian dan beg sekolah tajaan MyAzZahra dan Pasaraya Mydin.
MyAzZahra merupakan sebuah portal koperasi yang baru dilancarkan yang berfungsi untuk mencari, membanding dan menerima serta memproses permohonan pembiayaan koperasi secara atas talian. Pengguna boleh melihat tawaran-tawaran terkini koperasi kredit di laman web www.myazzahra.com dan membuat permohonan pembiayaan walau dimana pun mereka berada selagi mempunyai capaian internet.
Pengunjung berpeluang memanfaatkan pelbagai program di bawah satu bumbung seperti DTX Run 5km dan 10km, larian 2km bersama kanak-kanak autism, lawatan ke ladang ternakan puyuh, lawatan ladang tanaman cili dan membelanja di gerai-gerai jualan.
Program ini turut melibatkan pelbagai agensi antaranya Bank Rakyat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, MARDI, RISDA, TNB, Bomba, Polis, SWM Corp dan banyak lagi.
Turut hadir adalah YBhg Dato’ Shahrin Zahari, Presiden MyANGKASA Az Zahra Sdn Bhd dan Kapt (B) Azlan Mohd Isa, Ketua Pegawai Eksekutif MyANGKASA Az Zahra Sdn Bhd.
-TAMAT-