Pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh koperasi kepada kakitangan kerajaan dan berkanun termasuk GLC adalah lebih mudah dan pantas dibandingkan pakej pinjaman yang diberikan oleh bank-bank tempatan.
1) Syarat kelayakan yang dikenakan oleh koperasi kepada pemohon adalah lebih ringan terutamanya dari segi pemeriksaan rekod bayaran semasa pemohon seperti Ccris dan CTOS. Pada masa ini ada beberapa koperasi yang menerima permohonan pinjaman jika jumlah baki hutang yang direkod dalam CTOS tidak melebihi RM30, 000. Ada juga koperasi menerima permohonan dari pemohon yang mempunyai baki hutang di CTOS melebihi RM30, 000 tetapi akan dikenakan kadar faedah yang lebih tinggi.
2) Potongan bayaran balik melalui ANGKASA, bermakna peminjam tidak perlu bimbang untuk memastikan tarikh bayaran pinjaman mereka setiap bulan.Ini memastikan rekod bayaran pinjaman sentiasa dikemaskini tanpa kelewatan. Untuk perkhidmatan ini pihak biro angkasa akan mengenak caj antara 1.5%; 2% dari jumlah bayaran bulanan pinjaman (contoh jika bayaran bulan adalah RM200, caj biro angkasa yang dikenakan adalah RMM200 x 1.5% = RM3. Bayaran ini akan dimasukkan dalam jumlah bayaran bulanan pinjaman).
Namun begitu, Pinjaman Koperasi hanya akan diluluskan jika jumlah potongan di slip gaji tidak melebihi 60% daripada pendapatan kasar peminjam bagi memastikan kadar keterhutangan yang bertanggungjawab.
3) Tempoh bayar balik pinjaman yang ditawarkan biasanya lebih panjang (maksima 10 tahun) berbanding pinjaman bank yang biasanya antara 5-7 tahun. Lebih panjang tempoh bayarbalik bermakna pengurangan bayaran bulanan pinjaman.
4) Kadar faedah yang ditawarkan oleh koperasi setanding atau kadang-kadang lebih rendah dari yang dikenakan oleh bank-bank. Kadar faedah yang ditawarkan oleh beberapa koperasi sekarang adalah amat berpatutan bergantung kepada jenis pakej dan kelayakan pemohon.
5) Sebagai mengikut permintaan semasa, semua pakej pembiayaan peribadi koperasi mengaplikasi sistem berlandaskan syariah seperti yang digunapakai oleh beberapa bank tempatan. Selain itu, koperasi kredit di Malaysia hampir keseluruhannya tidak terikat dengan garis panduan yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia dalam memberi kemudahan pinjaman peribadi kepada kakitangan kerajaan dan penjawat awam. Secara tidak langsung, pinjaman koperasi kakitangan kerajaan telah banyak membantu penjawat membuat penstrukturan semula pendapatan dan memudahkan penjawat awam untuk dapatkan bantuan kewangan disaat kecemasan.
Portal MyAzZahra adalah platform untuk memohon pembiayaan peribadi yang patuh syariah dari pelbagai koperasi menerusi skim potongan gaji Angkasa.
Layari www.myazzahra.com untuk memohon